Wednesday, September 2, 2009

Samurai Menyerang!

Hari ni memang mengantuk. Dagu wa dah stok sampai atas meja punya. Kelopak mata cam takleh bukak sangat dah ni. Ofis mate pulak dok pasang lagu-lagu Indon. Memang tak masuk kepala betol. Boring punya boring, wa cari dalam laptop lagu-lagu best untuk gua layan sambil buat kerja. Akhirnya terjumpa album compress ni, donlot dah lama. Wa memang pernah dengar nama band ni, tapi tak pernah dengar lagu-lagu dia.

Ini kira pertama gua layan, terus minat gila. Huh, tak sampai hati nak bukak ikut speaker biasa, gua layan pakai head phone. Bukan apa, wa risau takut ofis mate dengar lagu ni, tetiba terus berbuka puasa lak. Hah, payah!

Sekali dengar suara vokalis ni macam suara band Napalm Death, dan cenderung macam band Bolt Thrower pun ada. Mula-mula wa cuba cam band omputeh mana yang dok ada vokalis camni, ingatkan Orbituary, tapi tak. Tak sama. Berat ke Napalm Death wa rasalah. Peh, memang layanlah bro lagu-lagu depa ni. Tak caya lu orang dengar sendiri. Kebetulan wa terjumpa link ni untuk donlot dulu ni.

Akhir wa dengar band Malaysia yang stok camni - band FTG, album pertama yang wa dengar cam rakam kat studio je. BTW album ni best dan layan bro, enjoy! Gua nak reviu cam lu orang wa tak pandai, jadi ikut dan mana yang gua sukalah.

Monday, August 24, 2009

Aweera n Lagu2nya

Apa agaknya perkembangan mamat ni ek? Harap2 dia adalah bikin album, dan lagu2nya biarlah setaraf dgn kump Search n Wings, kalau nak suruh macam Dream Theather karang, tinggi sangat set standard dia, jadi kat sini, dua grup tu le. Tapi kalau dia boleh bikin lagu n muzik lagi sedap, lagi bagus. Dan kalau boleh jangan dia ambik komposer2 muzik yang buat lagu2 rock sangkak buana tu. Ambillah M Nasir ke, tak kisahlah sesiapa asal lagu dan muzik mantap.

Ni sapa2 yang minat lagu2 dendangan Aweera masa dia OIAM, korang kliklah kat link ni. Juga ada single mamat ni, 'Ku Di sini' untuk promo. Gua ronda2 cari kat tenet n jumpa lagu dia merata-rata. Gua kumpul sekalikan, senang. Lu suka dengar, sedut, tak suka takpa lah.

Klik Sini - Lagu2 Dendangan Aweera
untuk donlot.

Lagu She's Gone live yang dia tak lepas tarek tu pun ada... hehehe... kena banyak makan asam jawa agaknya nak tarik cam tu pun tinggi ...

Sunday, August 23, 2009

Apa Juadah Berbuka Lu Orang Hari Ini?


Lomang - biras gua bawak dari Negeri 9

Roti John

Ayam Kuzi (Gua pun tak pernah dengar, tapi sesah je)

Sup Ayam Special

Tepung Pelita/Limas

Kerabu Perut

Kuih Akok

Murtabak

Air - tebu, soya, laici

Mak mentua gua datang satu troop hari ni, berbuka puasa kat rumah gua. Peh, meriah hari ni lauk-pauk dan penganan yang dibawa dan dibeli oleh mereka (peh skema ayat gua!) Gua makan taklah banyak sangat, tapi tang air tu, fuh menyenak gua dibuatnya! Lu orang apa juadah berbuka hari ni?

Sunday, August 16, 2009

Ustaz Akil Hayy Kawin?


Hmmm... ustaz akil hayy kahwin jugak akhirnya dengan Waheeda lepas menafikan macam-macam yang orang dok lemparkan kat dia. Kata tak, bukanlah, hapalah, hehehe ... bila kawin bgtau orang.

Gua macam hilang sikit respek kat mamat ni sebab selama ni gua follow sangat ceramah-ceramah dia, kadang2 gua boleh hafal nasyid2 dan lagu2 dia, beli vcd, siap ada koleksi. Gua tak kisah sangatlah dia kawin berapa pun, tapi tak boleh blah betol bila dok nafi kaw2 kata dia dan waheeda cuma kawan tapi tup, tup, kawin! Hehehe, apa-apa hal pun selamatlah semuanya. Hmmm selalu gak gua jengok2 vcd ceramah ustaz akil ni pas sembahyang jumaat kat masjid Kg Pandah Indah ni, tapi dah takde. Gaknya dah kena banned kot?

Gua follow mamat ni sebab dia rockers, jadi bila dia insaf tu, kira cam wooo ... jadi ustaz! Kira ada ikon lah gaklah, walaupun rock tapi ok. Serius, kalau lu org besa dengar ceramah dia, lu tau dia nya ceramah camne ... Masa dia dengan D Riyadh dulu gua tak follow pun, tapi masa jadi ustaz ni baru gua follow ... hmmm

Sumber gambar - beautifulnara

Sunday, August 9, 2009

Rock Sampai Tua!

Sudah berapa lama masa berjalan bro? Gua termenung dalam kereta pagi tadi, tengok kereta-kereta yang merayap atas jalan. Asap-asap putih menerawang sana-sini. Muka dalam kereta 'ketat' je, maklumlah hari Isnin. Hari yang paling 'paisey' (rasa cam hampeh lah - bahasa slanga gua kat kampung dedulu) untuk bekerja. Semua itu membuatkan gua merasakan bahawa perjalanan masa dan umur semakin meningkat. Takda yang mengundur ke belakang lagi dah. Masa dah berlalu, umur semakin meningkat gak. Tapi telinga gua masih selesa mendengar lagu-lagu metal ni.

3 tahun lagi dah nak cecah 40 tahun. Kalau dengar dalam kereta, nak cari yang rock / metal, baru rasa sedap bawak kereta tu. Kat pejabat, aku tengah layan lagu-lagu Belantara - album Belantara (1st album). Cuma, gua fikir mcm mak bapa kita dulu minat pop yeh yeh sampai sekarang. Depa masih suka dengar lagu-lagu lama, lagu klasik. Jadi, perkara tu berputar dan berpusing semula, sekarang ni jadi bapa, sok lusa dah jadi atok... huhuhu. Cucu gua mesti hairan tengok atuk dia dengar lagu-lagu rock ni. Perhhhh .... Macam gua tengok ada siapa tah yang letak u-tube omputeh yang berumur sangat2 minat kat Iron Maiden. Wooo ....

Teringat aku lirik lagu Search - tajuk Mat Rock " .... aku akan rock sampai tua!"

* - Wei budak2 Belantara ni - apa perkembangan korang sekarang hah?
Sumber Gambar - Muzik Rock

Tuesday, June 23, 2009

Perjanjian Syaitan

Gambar dicilok dari blog - trunasuci
Lagu boleh didengar (donlot) dari Ultraman_88
Dark Nirrajim punya myspace

Lirik Lagu : Perjanjian Syaitan - Dark Nirrajim

Lembaga hitam melebur habuan diri
Semangat hitam mencencang nikmat kehidupan
Di tangan kau lupa asal akan dirimu kelak
Bila seakan dirimu akan berakhir

Seru - serulah bisik - bisik terusan angin bayu
Bersama janji bersama kalimah mantera
Titisan darah penarik persembahan putri
Kemenyan syaitan pewangi suasana

Ikatan air tak akan mati

(guitar solo)

Bila diri diselimuti dendam nyawa korban

Syaitan diseru ku minta darah kehidupan insan sebenar

Seru - serulah bisik - bisik terusan angin bayu
Bersama janji bersama kalimah mantera
Titisan darah penyeri persembahan putri
Kemenyan syaitan pewangi suasana

Ikatan air tak akan mati

Lembaga hitam melebur habuan diri
Semangat hitam mencencang kalimah kehidupan
Di tangan kau lupa asal akan dirimu kelak
Bila seakan dirimu akan berakhir

Seru - serulah bisik - bisik terusan angin bayu
Bersama janji bersama kalimah mantera
Sehingga diri lena benar bersama janji
Dikota mati perjanjian syaitan yang diikuti

Tiada jalan seindah
Bila diri diselimuti dendam nyawa korban
syaitan seru ku minta darah kehidupan insan sebenar

By Paradox

Siapa nak komen tentang lirik kumpulan ini. Kalau ditinjau dari namanya, ia bermaksud Gelap Yang direjam! Wuhuuu ... gua dah dengar lagu ni, tapi kurang menarik walaupun lirik dia ganas, entah macam ada kekosongan saja. Ok siapa yang nak komen tentang lirik dan melodi lagu ni? Gua tak pandai sangat nak cerita bab2 muzik. Boleh dengar aje, sedap atau tak sedap, best ke tak best ... hehehe

Friday, June 12, 2009

The Rhyme Of The Ancient Mariner


Gampang! Lagu ni bikin wa terngiang-ngiang masa nak tidur. Bermula dengan lagu Aces High yang diperkenalkan oleh member wa, terus minat Iron Maiden. Yalah, masa zaman wa minat metal-metal ni mana mampu beli kaset original, masa tengah seolak tingkatan 1 lagi beb. Harap kat kaset2 cap Apache yang beli kat pasar malam aje le. Tau-tau ajelah, jenis kaset tu bukannya tahan. Baru main kejap, dah naik serdak kat head player radio tu. Lama2 dah macam bunyi besi bergesel, naik ngilu gigi wa. Tapi sekarang dah ada macam2, video klip pun boleh layan masa tengah buat kerja.

Dan dengan adanya teknologi intenet ni jugalah barulah wa dapat tgk lirik lagu ni dengan sepenuhnya :


Samuel Taylor Coldridge


Hear the rime of the ancient mariner
See his eye as he stops one of three
Mesmerises one of the wedding guests
Stay here and listen to the nightmares of the sea.

And the music plays on, as the bride passes by
Caught by his spell and the mariner tells his tale.

Driven south to the land of the snow and ice
To a place where nobodys been
Through the snow fog flies on the albatross
Hailed in gods name, hoping good luck it brings.

And the ship sails on, back to the north
Through the fog and ice and the albatross follows on.

The mariner kills the bird of good omen
His shipmates cry against what hes done
But when the fog clears, they justify him
And make themselves a part of the crime.

Sailing on and on and north across the sea
Sailing on and on and north til all is calm.

The albatross begins with its vengeance
A terrible curse a thirst has begun
His shipmates blame bad luck on the mariner
About his neck, the dead bird is hung.

And the curse goes on and on at sea
And the curse goes on and on for them and me.

day after day, day after day,
We stuck nor breath nor motion
As idle as a painted ship upon a painted ocean
Water, water everywhere and
All the boards did shrink
Water, water everywhere nor any drop to drink.

There calls the mariner
There comes a ship over the line
But how can she sail with no wind in her sails and no tide.


See...onward she comes
Onward she nears out of the sun
See, she has no crew
She has no life, wait but heres two.

Death and she life in death,
They throw their dice for the crew
She wins the mariner and he belongs to her now.
Then...crew one by one
They drop down dead, two hundred men
She...she, life in death.
She lets him live, her chosen one.

one after one by the star dogged moon,
Too quick for groan or sigh
Each turned his facce with a ghastly pang
And cursed me with his eye
Four times fifty living men
(and I heard nor sigh nor groan)
With heavy thump, a lifeless lump,
They dropped down one by one.

The curse it lives on in their eyes
The mariner wished hed die
Along with the sea creatures
But they lived on, so did he.

And by the light of the moon
He prays for their beauty not doom
With heart he blesses them
Gods creatures all of them too.

Then the spell starts to break
The albatross falls from his neck
Sinks down like lead into the sea
Then down in falls comes the rain.

Hear the groans of the long dead seamen
See them stir and they start to rise
Bodies lifted by good spirits
None of them speak and theyre lifelesss in their eyes

And revenge is still sought, penance starts again
Cast into a trance and the nightmare carries on.

Now the curse is finally lifted
And the mariner sights his home
Spirits go fromhe long dead bodies
Form their own light and the mariners left alone.

And then a boat came sailing towards him
It was a joy he could not believe
The pilots boat, his son and the hermit,
Penance of life will fall onto him.

And the ship sinks like lead into the sea
And the hermit shrieves the mariner of his sins.

The mariners bound to tell of his story
To tell this tale wherever he goes
To teach gods word by his own example
That we must love all things thaat God made.

And the wedding guests a sad and wiser man
And the tale goes on and on and on.

Panjang nak mampus lirik dia ni, sama dengan puisi asal yang dikarang oleh Samuel Taylor Coldridge. Jadinya lirik lagu ini asalnya dari puisi, dan wa pernah tgk teks originalnya yang dibawa oleh sepupu wa yang mula berhantu dengan kumpulan lagenda ni. Mengisahkan tentang mariner atau pelaut yang belayar ke laut dan kemudiannya menceritakan tentang kisah pelayarannya di lautan (emmm betul tak cerita gua ni hah?). Kapal yang belayar kemudiannya menghala ke selatan akibat taufan yang melanda dan tiba di antartika. Panjangla nak cerita, hehehe ... lu baca sendiri kat sini. Kalau lu baca lirik lagi ni, lu fahamlah plot yang wa cakap tadi tu. Apa-apa hal, maiden mmg best! Apa yang wa nak cakap adalah lirik2 maiden kebanyakannya mempunyai maksud yang mendalam dan puitis serta bersifat filosofik. Kalau dulu2 main layan je, tapi sekarang sambil2 mengkaji maksud lirik2 lagu kumpulan metal yang wa selalu dengar dedulu.

Friday, May 22, 2009

Slow Rock?

Semua orang dalam dunia ni ada soft spot dia, termasuklah wa. Seingat-ingat wa dulu masa zaman lagu-lagu rock n metal ni, selain dari layan lagu2 yang heavy dan thrash, wa layan juga lagu-lagu slow rock. Peh, macam haram, semua member-member rock kutuk wa, memang berdiri bulu hidung kena kutuk tak hengat dengan bebudak ni. Bisa mendatangkan amarah kalau tak kena gaya. Tapi lama-kelamaan, benda tu dah jadi lali. Disebabkan wa tak peduli, jadi membe-member tak kutuk dah. Tambahan pula wa cuma meminati lagu-lagu dan tak reti main alat muzik moden ni.

Takda bakat agaknya. Tapi membe-membe wa yang main muzik ni ada yang lagi dahsyat. Dari metal, main lagu jazz, funk, kira habis semua jenis genre dia venture dengan gitar dia. Muka macam crook tapi dengar lagu-lagu Aisyah ... har... har...har. Gelihati, tu le dok kutuk orang tak tentu pasal, kan dahhh ... Bila wa tanya kenapa lu main genre muzik yang pelbagai. Dia jawab, "Gua dah boringlah, asyik bunyi macam tu je. Takda pembaharuan." Gua cuma jawab, "Oooo..."

Malas kutuk-kutuk. Hehehe ... Malam ni dah jam 2 pagi, habis cd2 lama wa bongkar balik. Cari lagu-lagu yang boleh wa layan sesuai dengan waktu pagi ni. Gua tatau la lu orang, mungkin lu dengar lagu-lagu ni, mungkin lu orang tak dengar. Takpa janji bahagia ...

Gua dengar - Alice Cooper (poison), Aerosmith (Armageddon), Bad English (The Price, When ICU Smile), Twisted Sister (I Believe In U), Europe (Carrie), Anthrax (Nice Fuckin Ballad), Cinderella (Don;t What U Got, Heartbreak Station), Great White (Save All Your Love), Marchello (First Love), Motley Crue (U're All I Need, Home Sweet Home, Without U), Kix (Dun Close Yur Eyes), Dokken (Alone), Warrant (Heaven), Y & T (This Time), Faster Pussycat (House Of Pain) dan banyak lagi yang boleh mempercepatkan proses penguapan wa.

~ Huarghhh - jomlah tidur!
Gambar - Kump Faster Pussycat (Kucing yang laju? kui.. kui...kui) - Taime

Sunday, May 3, 2009

Fenomena Aweera

Hari tu gua tertengok pulak One In A Million - rancangan realiti nyanyi untuk org nak cuba bakat seni suara. Mujur burung tekukur dan merbuk tak datang audisyen kan? Hehehe ... tapi bukan tu yang wa nak ceta, cuma nk bg pendapat tak profesional wa ni jer. Dalam 3 peserta tu, secara terang dan jelas, orang rumah wa dapat mengesan mana satu peserta yang menjadi tumpuan wa. Ya, dah tentu Aweera lah mamat yang wa maksudkan. Wa ingat 1 mesia dah tau siapa mamat ni, bakat dan kebolehan dia dalam bidang nyanyian. Emm... wa pun tetiba macam deja vu bila dengar dia nyanyi lagu2 rangkaian dan juga u-tube yang wa ronda pagi ni.

Fuh, memang kelaslah suara dia. Terkejut wa tengok dia bawak lagi She's Gone - Steelheart, walaupun ada sumbang skit tu, takpalah, boleh diperbaiki lagi nanti. Suruh je si Syafinaz tu ajar lu sbb dia kata suara Aweera tu macam menyalak, bukan nyanyi (komen selepas mamat ni nyanyi lagu - Enter sandman, metallica). Tapi wa pk gak sbb Syafinaz bukannya jiwa rock... Paul Moss lagi tak reti dan tak soul utk irama genre metal / rock ni. Nak komen tu boleh, tapi ada bahasa yang sopan kan? Jadi, wa tak hairanlah kalau irama ini terpinggir. Ah, ini bukannya cerita baru, lu orang tau kan macam mana penerimaan masyrakat jam tu.

Pastu itu gua browse skit la ttg mamat ni, hehehe ... ada keseorang mamat penulis tu kata, stail Aweera tu macam penyanyi kumpulan 'ROCK' Korn! Korn rock ke? Apa-apa hal pun gua doakan mamat ni berjaya nanti. Dan kalau setakat ada penerbit yang suruh lu nyanyi macam bunyik nyamuk tu, takyahlah, rentikan aje ler. Sebabnya senang - sebab Aweera dah intro kat penonotn dengan imej rock/metal. Alih-alih bila rakam album, dah bunyi macam gitar nyamuk! Ah, karut tu semua! Lu jangan biarkan syarikat rakaman ambil peluang kat lu bro ... Kalo tak, 2, 3 tahun lagi wa akan terdengar lagi irama rock hancur macam yang pernah terjadi. Asal rambut panjang seluar koyak2 skit - tu dah kira rock. Hehehe ... Apa-apa hal, lu jgn pedulikann cakap orang dan terus nyanyi aje le. DOk pk org cakap macam-macma ni, tak jadi keje bro.

Mungkin bagi gua, gua suka gak layan suara mamat ni, tapi kepada member yang lebih 'keras' macam mana?

p/s : suara lu mmg best bro!

Wednesday, April 15, 2009

Warna Hitam

Alhamdulillah, wa ingat dah nak seminggu gak le, wa kurangkan nikotin dalam badan gua sejak minggu lepas. Nak berenti straight gitu,takut gak tiba-tiba wa tumbang. Hampir 20 tahun nikotin ni duduk dalam badan wa dan menjadi sahabat karib. Jadi, wa rasa hi-time untuk berenti merokok ni. Tapi kali ni wa takkan berenti terkejut macam tu, sbb entah berapa beratus kali wa try berenti rokok centu aje tapi bertahan sehari dua. Paling lama 3 tahun wa berenti, tu pun masa belajar. Masa fatwa kata haram merokok ni. Tapi bila ada satu fatwa lain kata cuma makruh, wa belasah rokok semula. Tapi tu dah lamalah ...

Jadi, skang ni wa isap memula hari tu 5 batang aje. Peh, bila nak berenti ni barulah wa faham kalau org main drugs ni betapa payahnya nak berenti. Kepala wa tetiba siang tu sakit berdenyut, badan wa sakit-sakit, rasa macam nak demam pun ada, emosi jadi sensitif bro ... Nafas wa rasa macam pendek-pendek, mengah semacam je. Tapi bila duduk diam kejap, baru gua perasan, "Hmmm... dah nak kat 20 tahun wa merokok. Patutlah kesan dia semacam je!" Tetiba wa terasa satu macam pulak. Tak bertangguh wa cek simtom2 atau kesan dari perbuatan berhenti merokok ni. Barulah wa faham.

Okey, dah 3 malam, wa reduce sebatang lagi, menjadikan jumlah rokok wa cuma 6 batang aje. Kebetulan lak Jumaat lepas terkena hujan. Fuhhh, marvellous beb, terus bertambah batuk, demam, selsema tapi alhamdulillah dah beransur pulih. Bab batuk tu wa paling tak tahan, dah 2 botol ubat batuk ibu anak wa sebat. Malam tadi wa amik ubat batuk klinik, hmmm... jangan haku ketagih ubat batuk dah!

So, kalau ada kengkawan kat luar sana, kalau lu orang pernah merokok dan dah berhenti, kasi kongsilah petua dan cara lu orang pulak. Tambahan pulak wa tgk kotak rokok yang dok jual la ni, ada gambar-gambar yang menakutkan! Walaupun selalu tgk gambar2 metal yang menakutkan tapi gmbr kat kotak rokok tu lagi metal beb! Huhuhuhu....

Blog wa ni pun terpaksa wa hitamkan, mata wa 2, 3 hari ni pedih semacam, tak tahan tgk skrin putih laptpo wa ni. Emmm... org rumah wa kata, rabun silau dah naik tu bang. Entahlah, entah-entah ada kaitan dengan nak berenti merokok ni tak? Lu orang macam mana?

Monday, March 9, 2009

Konsert Farewell Search


Dipow dari blog Rawk n Roll yang dipow pula dari blog sultan muzzafar.

1. TERENGGANU

Saturday, 25 April 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu

2. PULAU PINANG
Saturday, 2 May 2009
Tapak Expo, Seberang Jaya Pulau Pinang

3. PAHANG
Saturday, 9 May 2009
Stadium Mini Jengka, Maran

4. PERAK
Saturday, 16 May 2009
Stadium Mini Teluk Intan, Teluk Intan

5. JOHOR
Saturday, 23 May 2009
Stadium Kluang,Johor

6. KELANTAN
Saturday, 13 June 2009
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu

7. SARAWAK
Saturday, 27 June 2009
Stadium Sarawak, Kuching

8. SARAWAK
Saturday, 4 July 2009
Miri Indoor Stadium, Miri Sarawak

9. SABAH
Saturday, 11 July 2009
Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

10. SABAH
Saturday, 16 July 2009
Kompleks Sukan Tawau, Tawau Sabah

11. SELANGOR
Saturday, 1 August 2009
Stadium Shah Alam, Shah Alam

Kenapa KL tak masuk dalam list hah? Kenapa kebanyakan tempat yang dipilih oleh Search ni tempat yang agak terpencil hah? emmm ...

Thursday, March 5, 2009

Kartunis Rock n Roll & Metal!

Bersama Brader Gayourock

Hehehe ... sib baiklah Gayour bg gua buku free dia, kalo tak wa bersilat kat gerai dia duduk tu. Yup, ni masa mini karnival karangkraf yang diadakan di shah alam pada 1/3/09 baru2 ni. Pepagi tu wa dah terserempak mamat ni masa nk minum pagi, memula wa nk tegur segan, takut dia tak kenal wa (sapa lah wa ni ... hehhee), 2nd time dia duk sekali lagi, wa senyum je ler, tetiba dia perasan wajah gua yang macho ni ... hehehe Mujur dia tak puji wa ensem ke macho ke, kalau tak, seminggu wa belanja dia makan nasik ayam! hehehe ...

Sempat jugak le gayour bawak wa ronda ofis dia dan terangkan sket2 pasal kerja n kerjaya dia, menarik beb ... tapi ptg tu wa tak sempat tak sembang lagi dgn mamat ni, sbb kena balik - dah ptg sgt, lg pun hari cam nk ujan sgt, terpaksa wa chow.

Bro - nnt kita sembang lagi le (peh, jeles haku tgk rambut dia! Nnt le aku bela rambut panjang lagi. Mak mentua haku tgk rambut aku dah boleh ikat sket ni pun matanya mcm nak terbalik, peh camna nk rambut panjang mcm gayour neh?)

Monday, February 16, 2009

Sakit Telinga Gua!

Emm, mmg telinga gua sakit. Peh, petang semalam kebetulan gua buka Sinar FM - kononnya nak dengar hitz lagu2 rock dedulu. Belakang kalu wa jadi hangin je bila lagu stok jenis meleleh tak tentu fasal ni merayap dalam telinga wa ni. Mungkin orang marah bila wa cakap macam ni. Zaman rock yang best tu dirosakkan oleh posers rockers dan pencipta2 lagu yang macam haram tu. Gua malas nk mention le nama dorang tu, tapi lu orang tahu sendiri dah le.

Memang masa tgh havoc demam rock ni, macam2 kumpulan rock yang dah macam cendawan tumbuh sana-sini. Syarikat2 rakaman pun berlumba2 mengambil kumpulan rock. Waaa ... masa memula tu memang bestlah, zaman Search, Lefthanded dll tu, tapi tak lama kendian, keluar pulak stok bunyi gitar macam nyamuk! hehehe ... masa tu wa fikir irama rock akan hancus le dengan kemunculan kumpulan2 yang menggelarkan diri mereka rock. Rock hapa, macam gampang je wa dengar lagu2 depa tu.

Emmm ... sebab itulah gaknya, orang dok beralih angin dengar lagu2 dari kumpulan luar, esp sekarang ni, band2 Indon tgh naik. Wa tak heran tu berlaku bila tgk industri muzik tanah air yang tah hapa2. Tambah, malam tadi wa tgk Starz LG, ada mamat sorang tu yang cas dirinya rock. Peh, panas je wa tgk mamat tu nyanyi + stailnya yang memang tak rock langsung! Suara hancur beb! Sekarang kalau lu orang perasan, kat market semuanya rilis kompilasi album2 rock lama, ada yang ok, ada yang macam haram je lagu2nya.

Ahhhhh... macam ni bila muzik kat mesia nak maju ni?

Blog Widget by LinkWithin